Akaun Baru
LOG MASUK
LOG MASUK


LOGIN


Ingatkan Saya
LOG MASUK
Akaun Baru
Lupa Kata Laluan
SELECT COUNTRY: (CURRENT: MALAYSIA)
ASIA
INDONESIA MALAYSIA
PHILIPPINES SINGAPORE
THAILAND VIETNAM
CHINA INDIA
SELECT LANGUAGE:
MELAYU
ENGLISH

Terma Dan Syarat Program

  1. Kem Jr. NBA Malaysia akan diadakan pada 20hb April 2019 (“Hari Pertama”) dan 21hb April 2019 (“Hari Kedua”) di Kuala Lumpur, Malaysia (atau tempoh dua hari atau tempat lain yang ditentukan oleh NBAP (seperti yang tertera di bawah)) (secara kolektif, "Program").
  2. Penyertaan dalam Program Hari Pertama tersebut adalah terbuka kepada semua pemain bola keranjang di Malaysia yang dilahirkan antara 1hb September 2004 dan 31hb Disember 2009 yang telah berdaftar untuk Program tersebut (“Peserta”) dengan kebenaran bertulis daripada ibu bapa atau penjaga sah beliau (“Penjaga”); dengan syarat bahawa hanya Peserta-peserta yang dilahirkan antara 1hb September 2004 dan 31hb Ogos 2006 akan layak untuk mara ke Program Hari Kedua tersebut dan sebarang Program bagi peringkat selanjutnya (jika ada).
  3. Pekerja dan ahli keluarga terdekat NBA Properties, Inc. (“NBAP”), NBA Media Ventures, LLC, NBA Asia, Limited, National Basketball Association (“NBA”), ahli pasukan NBA, WNBA Enterprises, LLC, Women’s National Basketball Association dan ahli pasukannya NBA Entertainment, sebahagian daripada NBAP, NBA Development League, LLC dan pasukannya, dan setiap sekutu (secara kolektif, “Entiti-entiti NBA”) tidak layak mendaftar untuk atau menyertai Program tersebut. Penyertaan pendaftaran tersebut adalah tidak sah di mana penyertaannya adalah dilarang oleh undang-undang. Pembelian tidak diperlukan untuk penyertaan dalam Program ini.
  4. Penjaga-penjaga bersetuju bagi pihak diri mereka dan bagi pihak Peserta-peserta bahawa:
    1. proses pemilihan bagi memilih pemenang hadiah Program akan diadakan oleh jawatankuasa yang merangkumi staf NBAP;
    2. penyertaan mana-mana Peserta dalam Program ini boleh ditamatkan, tanpa notis terdahulu, pada bila-bila masa dan untuk apa-apa sebab oleh NBAP mengikut budi bicara mutlaknya, dan keputusan NBAP adalah muktamad dan sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan;
    3. sekiranya terdapat pertikaian, hak mana-mana Peserta untuk menyertai Program dan/atau menerima sebarang hadiah adalah tertakluk kepada budi bicara dan keputusan muktamad NBAP;
    4. setiap Peserta perlu mengemukakan suatu borang pelepasan dan penepian, yang dilaksanakan oleh Penjaga beliau, sebagai suatu syarat untuk menyertai Program tersebut.
  5. Dengan mendaftarkan diri untuk menyertai Program tersebut, Penjaga-penjaga bersetuju bagi pihak diri mereka dan bagi pihak Peserta untuk berakujanji dan memberi jaminan kepada Entiti-entiti NBA bahawa:
    1. Peserta akan mematuhi semua peraturan, prosedur-prosedur dan syarat-syarat untuk menyertai Program ini, yang mana akan ditentukan oleh NBAP mengikut budi bicara mutlaknya;
    2. maklumat yang diberikan untuk pendaftaran oleh Penjaga adalah tepat dan sah. Penjaga dan/atau Peserta hendaklah mengemukakan pengenalan yang dikeluarkan oleh kerajaan (contohnya, sijil kelahiran) yang digunakan untuk pendaftaran Program tersebut bagi membuktikan bahawa umur dan identiti Peserta adalah seperti yang dinyatakan semasa pendaftaran dibuat sebelum Peserta dibenarkan untuk memulakan penyertaannya dalam Program. Peserta akan disingkirkan daripada Program tersebut sekiranya Penjaga dan/atau Peserta gagal berbuat demikian;
    3. Peserta berada dalam keadaan fizikal yang baik dan dapat menyertai Program tersebut;
    4. Peserta tidak melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan atau mana-mana hak pihak ketiga dengan menyertai Program tersebut;
    5. Penjaga membenarkan Peserta menyertai Program tersebut dan Penjaga dan/atau Peserta mengakui sepenuhnya potensi risiko Program tersebut, termasuk risiko kecederaan diri, dan secara nyata dan dengan pengetahuan ini, menerima semua potensi risiko kecederaan;
    6. bahawa mereka akan menerima semua risiko dan kesan-kesan akibat daripada penyertaan Peserta dalam Program, dan Penjaga dan/atau Peserta bersetuju untuk tidak memegang Entiti-entiti NBA bertanggungjawab terhadap sebarang gantirugi, kerosakan atau perbelanjaan yang mungkin ditanggung oleh mereka daripada Program tersebut.
  6. Penjaga-penjaga bersetuju bagi pihak diri mereka dan bagi pihak Peserta-peserta bahawa, kecuali jika dikehendaki di bawah undang-undang, Entiti-entiti NBA tidak membuat jaminan tentang mana-mana hadiah yang ditawarkan sebagai sebahagian daripada Program, termasuk jaminan berhubung dengan kualiti, kebolehdagangan atau kesesuaian hadiah tersebut.
  7. Melainkan jika dinyatakan sebaliknya, setiap Penjaga dan Peserta hendaklah bertanggungjawab atas semua perbelanjaan perjalanan yang ditanggung oleh mana-mana di antara mereka termasuk tetapi tidak terhad kepada makanan, minuman, pemindahan, caj dobi, aktiviti-aktiviti, perkara sampingan, cukai-cukai (termasuk cukai lapangan terbang, cukai berlepas), surcaj tenaga, ganjaran, caj perkhidmatan, insurans perjalanan dan semua kos sampingan lain.
  8. Setiap Penjaga dan Peserta hendaklah memastikan bahawa beliau mempunyai dokumentasi yang sah, termasuk tetapi tidak terhad kepada pasport dan visa yang sah, yang memenuhi kehendak imigresen dan pihak berkuasa kerajaan lain berkenaan di setiap destinasi, dan beliau hendaklah bertanggungjawab atas sebarang dan semua denda, penalti, bayaran atau perbelanjaan yang ditanggung sekiranya dokumen-dokumen tersebut tidak memenuhi keperluan pihak-pihak berkenaan. Sekiranya mana-mana Peserta atau pemenang hadiah tidak dibenarkan untuk masuk ke mana-mana destinasi, beliau hendaklah melucutkan hak terhadap hadiah tersebut dan/atau penyertaan sepenuhnya dan tiada pampasan atau gantian akan ditawarkan.
  9. Hadiah-hadiah mungkin tertakluk kepada perubahan (sama ada atas sebab ketiadaan atau sebaliknya) dan tidak boleh dipindahkan, diserahhakkan, ditebus dengan wang tunai, diganti, atau diubah, kecuali jika dibenarkan oleh NBA mengikut budi bicara mutlaknya, dan hadiah tersebut mungkin boleh digantikan dengan sesuatu yang setanding atau sama nilai. Setiap Penjaga dan Peserta hendaklah bertanggungjawab atas semua cukai yang dikenakan dan semua perbelanjaan lain yang tidak dinyatakan di sini.
  10. Dengan menyertai Program ini dan memberi sebarang maklumat, peribadi atau sebaliknya, kepada Entiti-entiti NBA, Penjaga-penjaga bagi pihak diri mereka dan bagi pihak Peserta-peserta membenarkan Entiti-entiti NBA mengumpul, menganalisa, menggunakan, berkongsi dan mendedahkan maklumat tersebut kepada pihak ketiga dan rakan kongsi bagi tujuan pemasaran, perancangan, promosi, penyelidikan, acara-acara dan/atau, setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang, apa-apa tujuan dan program lain selepas ini. Untuk maklumat lanjut mengenai cara kami menggunakan maklumat peribadi perserta dan bagaimana anda boleh mengakses, membetulkan dan mengehadkan maklumat peribadi yang diberikan, sila merujuk kepada Polisi Peribadi di https://jrnba.asia/my_MY/.
  11. Penjaga-penjaga bagi pihak diri mereka dan bagi pihak Peserta-peserta bersetuju untuk terikat kepada terma-terma dan syarat-syarat ini dan bersetuju bahawa: (a) Entiti-entiti NBA boleh menggunakan (kecuali dilarang oleh undang-undang) nama Peserta, suara, bandar/negeri/negara tempat pemastautin, gambar-gambar, video atau klip filem, dan/atau persamaan visual untuk tujuan pengiklanan dan/atau perdagangan dan/atau apa-apa tujuan lain dalam apa-apa bentuk media atau format, yang diketahui masa kini atau yang diketahui kelak, tanpa sebarang bayaran lanjut (kewangan atau sebaliknya), kebenaran atau notifikasi; dan (b) setakat mana yang dibenarkan di bawah undang-undang, Entiti-entiti NBA dan setiap daripada syarikat induk masing-masing, anak syarikat, sekutu, pegawai, pengarah, pekerja, gabenor, pemilik, pengedar, penjual, ejen-ejen, pemegang serahhak, ejen pengiklanan/promosi, wakil-wakil, ejen-ejen, orang yang dilantik dan penerima serahhak (“Entiti-entiti yang Dilepaskan”) tidak akan bertanggungjawab dan akan dilepaskan dan tidak akan dipegang terhadap apa-apa tuntutan, tindakan, tanggungjawab, kerugian, kecederaan atau kerosakan, termasuk, tanpa had (tetapi tertakluk kepada penguatkuasaan undang-undang), kecederaan diri atau kematian terhadap Peserta atau mana-mana pihak ketiga atau kerosakan terhadap hartanah atau harta peribadi secara keseluruhan atau sebahagian, secara langsung atau tidak langsung, atas apa-apa sebab, termasuk penerimaan, pemilikan, penggunaan atau penyalahgunaan hadiah dan/atau penyertaan dalam Program sama ada ia disebabkan oleh perbuatan, peninggalan atau kecuaian entiti-entiti yang dilepaskan atau oleh orang atau entity yang lain.
  12. Penjaga-penjaga bagi pihak diri mereka dan bagi pihak Peserta-peserta bersetuju bahawa (i) kandungan yang dimuat naik oleh Penjaga-penjaga dan Peserta-peserta, mana-mana yang berkenaan (termasuk tetapi tidak terhad kepada gambar-gambar dan video-video) kepada laman web sosial Jr. NBA dan (ii) kandungan yang dipaparkan oleh Penjaga-penjaga dan Peserta-peserta, mana-mana yang berkenaan, ke akaun media sosial mereka sendiri berkaitan dengan Program tidak boleh mengandungi unsur kebogelan, kata-kata kotor, perkauman, atau unsur-unsur keganasan dalam apa jua bentuk.
  13. Ianya adalah syarat penerimaan apa-apa hadiah bahawa Peserta yang menang harus mematuhi semua syarat penggunaan hadiah yang ditetapkan oleh NBA atau mana-mana pihak ketiga atau pembekal hadiah. NBA merizabkan haknya mengikut budi biacara mutlaknya untuk menyingkir atau menarik balik hadiah daripada mana-mana Peserta yang mana NBA mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa Peserta tersebut telah melanggar syarat-syarat di sini, atau terlibat dalam kelakuan yang menyalahi undang-undang atau tidak wajar yang dianggap menjejaskan pengendalian Program yang adil dan wajar. Hak undang-undang Entiti-entiti NBA untuk mendapatkan ganti rugi atau pampasan lain daripada Peserta yang bersalah dan/atau Penjaga mereka adalah dirizabkan.
  14. Dalam situasi di mana terdapat campur tangan oleh pihak luar, ejen atau program yang menghalang atau menghindarkan dengan ketara kebolehan NBA dalam meneruskan pertandingan pada tarikh-tarikh dan dalam cara yang dinyatakan dalam terma-terma dan syarat-syarat ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada vandalisme, kegagalan elektrik, ribut, bencana, perbuatan Tuhan, rusuhan awam, mogok, tindakan keganasan, NBA boleh mengikut budi bicara mutlaknya membatalkan pertandingan tersebut dan memulakannya dari peringkat permulaan atas syarat-syarat yang sama, tertakluk kepada keperluan undang-undang.
  15. Penjaga-penjaga mengakui and bersetuju bahawa NBA merizabkan haknya untuk menyemak terma-terma dan syarat-syarat ini, dan mana-mana aspek Program tersebut (termasuk tetapi tidak terhad kepada struktur, skop, isi kandungan, peraturan dan hadiah) pada bila-bila masa dan tanpa sebarang notis and penjaga-penjaga dengan ini menyetujui semakan tersebut untuk pihak diri mereka dan pihak perserta.