Akaun Baru
LOG MASUK
LOG MASUK


LOGIN


Ingatkan Saya
LOG MASUK
Akaun Baru
Lupa Kata Laluan
SELECT COUNTRY: (CURRENT: MALAYSIA)
ASIA
INDONESIA MALAYSIA
PHILIPPINES SINGAPORE
THAILAND VIETNAM
CHINA INDIA
SELECT LANGUAGE:
MELAYU
ENGLISH

GAMBARAN KESELURUHAN PROGRAM

Program liga bola keranjang belia lelaki dan perempuan, Jr. NBA mengajar kemahiran asas serta nilai teras permainan dari peringkat akar umbi dalam usaha untuk membantu mengembang dan meningkatkan pengalaman dalam sukan ini buat pemain, jurulatih dan ibu bapa. Program ini juga turut menanamkan nilai teras S.T.A.R. Jr. NBA iaitu semangat kesukanan, kerjasama sepasukan, sikap yang positif dan menghormati, sambil mengajar kepentingan gaya hidup yang sihat dan aktif. Program Jr.NBA ini percuma di semua peringkat.

Program Jr. NBA Malaysia 2019 untuk belia lelaki dan perempuan ini dibahagikan kepada beberapa peringkat: Kem Jr. NBA Malaysia; Kem Pemilihan Kejohanan Global Asia Pasifik Jr. NBA; Kejohanan Global Jr. NBA di A.S. yang akan berlangsung dari 6 hingga 11 Ogos di ESPN Wide World of Sports Complex di Walt Disney World berdekatan Orlando, Florida. Pemain antara 11-14 (lahir dari 1 September 2004 hingga 31 Ogos 2006) layak untuk dipilih mewakili Asia Pasifik dalam Kejohanan Global Jr. NBA tahunan yang kedua.

Jr. NBA telah dianjurkan di Malaysia selama lima tahun berturut-turut, serta mendapat sokongan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE) dan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA). Program ini juga disokong oleh Astro, Gatorade dan Westports Dragons.