Akaun Baru
LOG MASUK
LOG MASUK


LOGIN


Ingatkan Saya
LOG MASUK
Akaun Baru
Lupa Kata Laluan
SELECT COUNTRY: (CURRENT: MALAYSIA)
ASIA
INDONESIA MALAYSIA
PHILIPPINES SINGAPORE
THAILAND VIETNAM
CHINA INDIA
SELECT LANGUAGE:
MELAYU
ENGLISH

PERINGKAT UTAMA

Peringkat 1

Kem Jr. NBA Malaysia
(Jr. NBA Malaysia Camp)

Hari pertama kem terbuka kepada belia lelaki dan perempuan yang lahir antara 1 September 2004 hingga 31 Disember 2009, dengan peserta-peserta diuji dan dimarkahkan di 5 stesen kemahiran berbeza - Dribbling, Shooting, Passing, Footwork & Layups - dengan 50 orang belia lelaki dan 50 orang belia perempuan yang terbaik mara ke hari kedua. Pada hari kedua, para atlet akan mengambil bahagian dalam latihan bola keranjang yang mencabar, dengan pemilihan lima belia lelaki dan lima belia perempuan yang akan dinamakan Jr. NBA Malaysia All-Stars 2019. Hanya lelaki dan perempuan yang lahir antara 1 September 2004 hingga 31 Ogos 2006 layak untuk pemilihan ini.
Kem Jr. NBA Malaysia ini dijadualkan berlangsung dari 20 hingga 21 April di Stadium MABA di Kuala Lumpur.

Peringkat 2

Kem Pemilihan Kejohanan Global Asia Pasifik Jr. NBA
(Jr. NBA Global Championship Asia-Pacific Selection Camp)

Jr. NBA Malaysia All-Stars 2019 akan menyertai pusingan kelayakan yang pertama untuk Kem Pemilihan Kejohanan Global Asia Pasifik Jr. NBA, acara selama 2 hari yang memaparkan pemain belia terbaik dari rantau tersebut. 10 pemain belia lelaki dan 10 pemain belia perempuan dengan persembahan terbaik akan mewakili Asia Pasifik dalam Kejohanan Global Jr. NBA.

Peringkat 3

Kejohanan Global Jr. NBA
(Jr. NBA Global Championship)

Kejohanan Global Jr. NBA adalah kejohanan bola keranjang belia tahunan bagi pasukan lelaki dan perempuan terbaik dari seluruh dunia. Kejohanan Global Jr. NBA 2019 akan menampilkan kumpulan lelaki dan perempuan yang akan diasingkan kepada kategori A.S dan Antarabangsa. Ia bermula dengan perlawanan pusingan dan kemudiannya perlawanan kalah-mati perseorangan. Pemenang-pemenang untuk kategori A.S dan Antarabangsa akan bermain dalam perlawanan kejohanan dunia pada 11 Ogos 2019.
Lebih dari 300 belia lelaki dan perempuan dari 35 buah negara telah menyertai Kejohanan Dunia Jr. NBA yang julung kali diadakan pada bulan Ogos 2018. Sepanjang acara itu yang berlangsung selama seminggu, semua 32 pasukan telah mengambil bahagian dalam aktiviti luar gelanggang termasuk sesi kemahiran hidup, lawatan ke taman Disney, projek khidmat masyarakat, dan mesyuarat pendidikan dengan pemain dan bekas pemain, termasuk jurulatih NBA dan WNBA.

PROGRAM / ACARA

TEMPOH

  1. Kem Jr. NBA Malaysia (Jr. NBA Malaysia Camp)

April 20-21, 2019

  1. Kem Pemilihan Kejohanan Global Asia Pasifik Jr. NBA (Jr. NBA Global Championship Asia-Pacific Selection Camp)

Jun 15-16, 2019

  1. Kejohanan Global Jr. NBA (Jr. NBA Global Championship)

Ogos 6 -11, 2019