Akaun Baru
LOG MASUK
LOG MASUK


LOGIN


Ingatkan Saya
LOG MASUK
Akaun Baru
Lupa Kata Laluan
SELECT COUNTRY: (CURRENT: MALAYSIA)
ASIA
INDONESIA MALAYSIA
PHILIPPINES SINGAPORE
THAILAND VIETNAM
CHINA INDIA
SELECT LANGUAGE:
MELAYU
ENGLISH

SOALAN SERING DITANYA

Apakah program Jr. NBA Malaysia?

Program Jr. NBA, adalah program bola keranjang remaja global liga untuk budak remaja lelaki dan perempuan, mengajar kemahiran asas serta nilai teras permainan bola keranjang di peringkat akar umbi dalam usaha untuk membantu mengembangkan dan meningkatkan pengalaman bola keranjang untuk pemain, jurulatih dan ibubapa. Program ini juga menanamkan nilai-nilai teras Jr.NBA iaitu semangat kesukanan, semangat berpasukan, sikap positif, dan saling menghormati ( STAR), sambil menggalakkan kepentingan menjalani gaya hidup yang sihat dan aktif. Program Jr.NBA adalah percuma di semua peringkat.

Apakah perkara baru yang boleh kita harapkan dari Jr. NBA Malaysia 2019?

Program Jr. NBA 2019 Malaysia telah diperluaskan di mana budak remaja lelaki dan perempuan akan diberi peluang untuk mewakili rantau Asia Pasifik dalam Kejohanan Global Jr.NBA:

   ⋅ Jr.NBA Malaysia akan memilih sebanyak 5 budak remaja lelaki dan 5 remaja perempuan untuk bersaing dalam Kejohanan Pemilihan Global Jr.NBA Asia Pasifik yang akan diadakan di Jakarta Indonesia, dari 15 hingga 16 Jun, di mana para pemain remaja terpilih dari Australia, Indonesia, Malaysia, Phillippines, Thailand, Vietnam Japan, New Zealand dan South Korea.

   ⋅ 10 remaja lelaki dan 10 remaja perempuan terpilih akan mewakili Asia Pasifik dalam Kejohanan Global Jr. NBA Kedua – pertandingan bola keranjang remaja untuk pasukan lelaki dan perempuan berusia 13 dan 14 tahun dari seluruh dunia di Kompleks Sukan ESPN Wide World di Walt Disney World, Orlando, Florida.

Siapa yang akan bertanding di Kejohanan Global Jr. NBA?

The second annual Jr. NBA Global Championship will feature boys and girls teams from each of the eight U.S. regional tournaments (Central, Mid-Atlantic, Midwest, Northeast, Northwest, South, Southeast and West) and the boys and girls teams representing the eight international regions (Africa, Asia Pacific, Canada, China, Europe & Middle East, India, Latin America, and Mexico).

Apakah garis masa untuk program Jr. NBA 2019 Malaysia?

Jr. NBA Malaysia ada tiga peringkat; Kem Jr. NBA 2019 Malaysia, Kem Pemilihan Kejohanan Global Jr. NBA Asia Pasifik dan Kejohanan Global Jr. NBA:

   ⋅ Kem Jr. NBA Malaysia adalah dua hari acara yang melibatkan cabaran, latihan dan scrimmages pada April 20 dan 21.
   ⋅ Sebanyak 5 remaja lelaki dan 5 perempuan akan maju ke Kem Pemilihan Kejohanan Global Jr. NBA Asia Pasifik di Jakarta, Indonesia pada 15 & 16 Jun.
   ⋅ 10 remaja lelaki dan 10 perempuan akan mewakili rantau Asia Pasifik dalam Kejohanan Global Jr. NBA yang akan berlangsung pada 6 hinnga 8 Ogos, di Orlando, Florida, Amerika Syarikat.

Bagaimana saya boleh menyertai Jr. NBA Malaysia?

Peserta yang berminat boleh membuat akaun di laman rasmi Jr.NBA (www.jrnba.asia/malaysia) dan daftar dalam talian dengan mengklik pada butang Acara di bawah tab Acara Jr. NBA.

Apakah langkah-langkah untuk mendaftar untuk Klinik atau Kem Pemilihan?

Log masuk www.jrnba.asia/malaysia dan buat akaun:

- daftar dalam talian dengan menglik Acara di bawah tab Acara Jr. NBA.
- Pilih Jadual Jr. NBA Malaysia dan klik Daftar
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang Hantar.
- Cetak borang pendaftaran dan pelepasan yang telah dihantar ke alamat emel
- Sila bawa dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran:

   ⋅ Salinan kad pengenalan / MyKad
   ⋅ Salinan sijil kelahiran (jika tidak ada kad pengenalan/ MyKad)
   ⋅ Borang pendaftaran yang lengkap diisi dengan butiran
   ⋅ Borang pelepasan yang ditandatangani oleh ibubapa/ penjaga

Hari pertama Kem Jr. NBA 2019 Malaysia dibuka untuk semua budak lelaki dan perempuan yang lahir antara 1 September 2006 hingga 31 Disember 2009, tetapi hanya peserta lahir antara 1 September 2004 hingga 31 Ogos 2006 akan layak masuk hari kedua kem tersebut dan tahap selanjutnya untuk program ini.

Bagaimana jika saya tidak boleh mendaftar secara talian?

Peserta yag berminat boleh mendaftar di lokasi Kem Jr. NBA 2019 Malaysia. Perserta perul diiringi dengan seorang ibu atau bapa atau penjaga untuk menandatagani borang pelepasan.

Untuk Kem Jr. NBA 2019 Malaysia, perserta mesti bawa dokumen-dokumen berikut:
⋅ Salinan kad pengenalan/ MyKid/ MyKad)
⋅ Salinan sijil kelahiran (kalau peserta tidak ada kad pengenalan)
⋅ Borang pendaftaran yang lengkap
⋅ Borang pelepasan yang ditandatangani oleh ibubapa/ penjaga

Bolehkah saya mendaftar untuk Kem Pemilihan Kejohanan Global Jr. NBA Asia Pasifik?

Tidak, Kem Pemilihan Kejohanan Global Jr. NBA Asia Pasifik adalah untuk 5 remaja lelaki dan 5 remaja perempuan yang terpilih dari Kem Jr. NBA 2019 Malaysia

Siapa yang layak mengambil bahagian dalam Kem Jr. NBA 2019 Malaysia, Kem Pemilihan Kejohanan Global Jr. NBA Asia Pasifik dan Kejohanan Global Jr. NBA

Acara

Peserta

Borang Penting

  1. Kem Jr. NBA Malaysia

Lahir antara 1 Sept 2004 sehingga 31 Disember 2009 boleh menyertai Kem Hari 1. Tetapi hanya peserta yang lahir antara 1 Sept 2004 hingga 31 Ogos 2006 layak masuk kem hair kedua dan seterusnya ke peringkat lain dlam program. Hanya 50 teratas remaja lelaki dan 50 remaja perempuan akan layak masuk ke hari kedua.

  • Borang pelepasan yang ditandatangani oleh ibubapa/ penjaga
  • Sijil doctor mengesahkan bahawa peserta layak untuk menyertai kem.
    1. Kem Pemilihan Kejohanan Global Jr. NBA Asia Pasifik

    5 remaja lelaki dan 5 remaja perempuan dari Kem Pemilihan Malaysia

  • Borang pelepasan yang ditandatangani oleh ibubapa/ penjaga
  • Sijil doctor mengesahkan bahawa peserta layak untuk menyertai kem
  • Passport yang sah (6 bulan)
    1. Kejohanan Global Jr. NBA

    10 remaja lelaki dan 10remaja perempuan mewakili Asia Pasifik

    TBC

    Apa yang berlaku semasa Kem Jr. NBA 2019 Malaysia?

    Sepanjang hari pertama, para peserta akan diberi satu skor kad dan akan menjalani ukuran fizikal dan semua stesen kemahiran asas bola keranjang. Keputusan para peserta dalam semua stesen kemahiran asas bola keranjang akan direkod dan jumlah markah akan direkod semasa mereka menyerahkan skor kad. Atlet yang lahir antara 1 September 2004 hingga 31 Ogos 2006 akan dipilih untuk hari kedua kem pemilihan berdasarkan skor jumlah mereka dari stesen kemahiran asas bola keranjang, penilaian oleh jurulatih Jr. NBA dan demonstrasi nilai-nilai Jr. NBA – Semangat kesukanan, semangat berpasukan, Sikap positif dan Hormat. Semasa hari kedua, atlet yang terpilih akan mengikuti lathihan berpasukan, stesen pembangunan kemahiran lanjut dan 5 on 5 scrimmages untuk menentukan atlet yang layak menyertai Kem Pemilihan Asia Pasifik.

    Adakah semua jurulatih perlu dilesenkan oleh program pensijilan untuk menjadi jurulatih di Jr. NBA?

    Tidak, tetapi mereka perlu dijemput oleh Jr. NBA Ketua Jurulatih untuk menyertai jurulatih NBA semasa kem pemilihan. Untuk maklumat lanjut, sila klik : Hubung Kami” di hujung halaman ini

    Apa yang perlu dipakai peserta untuk Kem?

    Para peserta dijangka datang dalam pakaian sukan (baju, seluar pendek, kasut dan kasut getah), dengan budak perempuan dinasihatkan untuk memakai baju dalam di bawah jersi.

    Adakah saya perlu membawa bola saya sendiri?

    Tidak. Semua peralatan di klinik bola keranjang akan disediakan oleh Jr. NBA.

    Adakah makanan atau air disediakan?

    Makanan dan air tidak diberikan kepada para peserta di Kem NBA Malaysia Jr. Sangat disarankan agar para peserta memakan makanan yang enak dan menyediakan makanan ringan dan air mereka sendiri sebelum menyertai program Kem Jr NBA Malaysia

    Adakah pasukan Pertolongan Pertama hadir di acara tersebut?

    Ya. Akan ada stesen First Aid yang disediakan untuk memberi peserta bantuan perubatan asas sepanjang tempoh acara tersebut.